Pages

Thursday, September 22, 2011

Kenangan Pratikal 9/5/11-26/8/11






sedikit sebanyak gambar yang menjadi tatapan selama berpratikal.
perasaan rindu sukar untuk dibendung dan hanyalah gambar ini saja yang menjadi kenangan antara kita semua.
semoga kita semua akan berjumpa lagi satu hari nanti, walaupun tidak pasti....

Friday, August 26, 2011

A 14 week to remember..









Hari ini , merupakan hari terakhir saya bergelar sebagai guru pratikal di SMK tansau. Perasaan ini sukar untuk dikatakan, adakalanya gembira kerana Berjaya menamatkan pratikal, namun perasaan sedih juga turut ada.
Pengalaman sebagai guru pelatih benar-benar membuatkan saya bersemangat untuk menjadi guru yang sebenar, walaupun saya tahu bahawa tanggungjawab seorang guru adalah berat namun itu tidak memadamkan semangat saya untuk menjadi seorang pendidik yang akan memberikan pendidikan yang terbaik untuk generasi yang akan datang.
Melalui kelas-kelas yang terakhir membuatkan saya menyedari bahawa, sejahat mana pun seorang guru itu pasti akan disayangi oleh pelajar, namun ia bergantung juga kepada macam mana guru itu menyampaikan pembelajaran.
Saat saya melangkah pergi meningalkan sekolah hari ini, saya dapat rasakan semua gelak ketawa pelajar saya ketika berada di dalam kelas. Saya akan merindui semua ini, walaupun saya tahu bahawa tidak mungkin saya akan dapat kembali lagi ke sekolah ini, namun saya tetap akan berdoa untuk semua pelajar yang saya telah ajar akan Berjaya dalam apa pun yang mereka lakukan.
Kepada semua bekas pelajar saya, saya minta maaf sekiranya cikgu terkasar bahasa atau terkasar perbuatan kepada kamu. Apa yang cikgu lakukan adalah demi kebaikan kamu, walupun cikgu bukan yang terbaik, namun cikgu sudah berikan yang terbaik dari cikgu. Cikgu berat hati meningalkan kamu, tapi cikgu terpaksa. Cikgu ingin sekali melihat kejayaan kamu, namun masa tidak mengizinkan.

Thursday, April 14, 2011

where are you FRIENDS???



setiap kita mempunyai kawan dan sahabat yang kita percaya dan kita angap sebagai sahabat yang akan sentiasa bersama dengan kita bila kta memerlukan. ini khususnya bila kita berada dalam keadaan jatuh dan tertekan. Namun sejauh manakah kita dihargai oleh sahabat yang kita angap baik untuk kita. mungkin orang lain tidak sebaik kita menghargai dia sebagai kawan atau sahabat, atau lebih tepat lagi tidak menghargai kehadiran kamu dalam hidupnya.

Mungkin hanya segelintir sahaja yang pernah melalui keadaan ini, iaitu tidak dihargai , tidak dipedulikan dan paling teruk dilayan mcm bukan kawan. Ini merupakan keadaan yang sebenar berlaku, mungkin kita tidak akan sedar namun bila keadaan itu berlaku dalam diri kita sendiri baru kita akan perasan bahawa kita mempunyai kawan sahaja namun bukan sahabat.

Adakah SAHABAT sebenarnya tidak wujud dlm dunia ini???
apa yang ada hanya kawan yang tidak menghargai orng yang menghargainya. ini la manusia tidak boleh menerima sesuatu yang bukan kebiasaan.

Saturday, March 19, 2011

bila memandang bulan sendirian.....



perjalanan hidup ini bukanlah mudah, sejauh mana kita hendak menghargai apa yang kita miliki adalah sesuatu yang terbaik untuk kita.
mungkin kita sering memandang bulan di atas langit,
namun, kita hanya memandangnya tanpa menghayati keindahan bulan yang ada di atas sana, sejauhmanakah bulan itu dari kita?
hari ini, bila saya memandang bulan itu, saya merasakan kesunyian....
kita bayangkan bila bulan hanya sendirian spanjang masa dan melihat segala gelagat kita manusia dari atas.
apabila kita di atas nanti, adakah kita hanya mampu melihat dari atas orang-orang yang kita sayang di bumi ini, seprti bulan memandang kita....

apa pun yang akan mendatang, semoga semuanya akan baik2 sahaja...
God Bless..

Monday, February 28, 2011




17 febuary 2011,
saya da beli gedget baru.... E5 namanya, walaupun function yang hampir sama dgn ex fon saya. tp saya nak try sothing yang lain.. fon ne keluaran october 2010 lau x silap, then fon ne pakai keypad mcm keybord..

mulanya susah nk type tex msg, hahahha..
org besa guna fon murah kan, tp skrng ok skit la...
btw, klu blh x nk tkr fon lg..
heheheh

Thursday, January 27, 2011

Part of my Memories...










A walk to Remember - 2010 disember-






Perjalananan hidup merupakan satu anugerah dalam kehidupan kita, mungkin kita tidak sedar bahawa kta sedang melalui hari yang sukar atau tidak. Apapun keadaan kita saat ini, saya percaya setiap dari kita pernah mangalami dan melalui apa yang dikatakan cabaran hidup. Sudah 2 tahun lebih hidup sebagai pelajar di perantauan, banyak perkata yang sukar untuk saya sendiri hadapi, tapi saya bersyukur kerana Tuhan tidak pernah tingalkan saya.
Saat saya menulis entry ini, saya berada di sem 6, walaupun banyak tekanan dan cabaran untuk se mini, saya masih mampu manulis entry baru ini. Baru semalam saya belajar berkaitan dengan kimpalan atau welding, agak sukar untuk belajar welding semalam pun susah untuk melelapkan mata disebabkan selaput mata terbakar oleh sinaran UV yang terhasil semasa kerja-kerja mengimpal dijalankan.
Sebenarnya hari ini, saya teringatkan hari-hari lepas saya, masa cuti sem la.. sukar utk sy mw lupakan, mungkin kerana banyak perkara yg sukar untuk dipadam. Gelak ketawa dengan cousin-cousin masih terliang-liang dalam telinga ku. Ini merupakan pengalaman bagi saya untuk gembira dalam keadaan ini, segalanya Nampak sempurna pada permulaanya kita tidak tau apa yg akan terjadi di masa hadapan. mungkin juga masa itu sy mengabaikan keluarga saya, tp sy percaya banyak hal yang terjadi pada penghujungnya. Apapun yang telah terjadi, saya tahu apa yang kurang dan kelemahan dalam hidup saya.
Dalam kegembiraan ini, saya terlupa pada-Nya. Saya lupa bersyukur, saya lupa berdoa.. akhirnya hal yang tidak dijangka perkara yang tidak diingini telah berlaku. Ini lah sifat manusia, bila da susah baru cari Tuahan, agak sukar untuk aku akui tp itu lah saya pada saat itu. Bila saya sendirian baru saya sedari betapa saya membelakangi Tuhan, tp mengutmanakan orang pula. Ini bermaksud saya masih berada di takuk lama, bagaimana untuk aku mengubahnya..
Saya bersyukur kerana hari-hari ini merupakan peuang kepada saya sendiri untuk memparpaiki diri dan keadaan ini. Saya beharap di masa akan dating saya akan mengutamakan Tuhan dalam seganap perjalanan hidup saya.
Ampunkan saya Tuhan..