Pages

Friday, August 26, 2011

A 14 week to remember..









Hari ini , merupakan hari terakhir saya bergelar sebagai guru pratikal di SMK tansau. Perasaan ini sukar untuk dikatakan, adakalanya gembira kerana Berjaya menamatkan pratikal, namun perasaan sedih juga turut ada.
Pengalaman sebagai guru pelatih benar-benar membuatkan saya bersemangat untuk menjadi guru yang sebenar, walaupun saya tahu bahawa tanggungjawab seorang guru adalah berat namun itu tidak memadamkan semangat saya untuk menjadi seorang pendidik yang akan memberikan pendidikan yang terbaik untuk generasi yang akan datang.
Melalui kelas-kelas yang terakhir membuatkan saya menyedari bahawa, sejahat mana pun seorang guru itu pasti akan disayangi oleh pelajar, namun ia bergantung juga kepada macam mana guru itu menyampaikan pembelajaran.
Saat saya melangkah pergi meningalkan sekolah hari ini, saya dapat rasakan semua gelak ketawa pelajar saya ketika berada di dalam kelas. Saya akan merindui semua ini, walaupun saya tahu bahawa tidak mungkin saya akan dapat kembali lagi ke sekolah ini, namun saya tetap akan berdoa untuk semua pelajar yang saya telah ajar akan Berjaya dalam apa pun yang mereka lakukan.
Kepada semua bekas pelajar saya, saya minta maaf sekiranya cikgu terkasar bahasa atau terkasar perbuatan kepada kamu. Apa yang cikgu lakukan adalah demi kebaikan kamu, walupun cikgu bukan yang terbaik, namun cikgu sudah berikan yang terbaik dari cikgu. Cikgu berat hati meningalkan kamu, tapi cikgu terpaksa. Cikgu ingin sekali melihat kejayaan kamu, namun masa tidak mengizinkan.